06 February 2013

Gold Coast Morib- Water Theme Park

Salah satu attraction dekat Gold Coast Morib nih adalah water theme park dia. Kalau sesiapa yang takde anak , aku suggest takyah la pegi. Pasal tempat nih penuh dengan bebudak dengan mak budak yang terlebih excited kang korang rimas. Lagipun permainan dia takde la extreme sangat. Memang design for family.

Entrance fees:
Adult: 25 hinggit ( 12 years above)
Children: 15 hinggir (2-12 years)

Kat situ segala pelampung bagai ada. Nak beli pun boleh nak sewa pun boleh. Pelampung budak-budak dari 5 hinggit sampai beratus pun ada. Depend pada duit la kan. Kalau nak pakai lama, beli yang mahal sikit, kalau nak pakai untuk haritu je beli la yang 5 hinggit.

Orang yang paling seronok hari tu Miqail la. Siap naik slide yang besar tu. Aku ingat dia akan melalak-lalak takut. Rupanya tak. Aku pulak yang seronok tengok dia adventurous. Si Raquib pulak naik pelampun je la. Berendamlah sampai kecut-kecut badan. Bibir dah sampai biru pun taknak naik-naik lagik.

Baru aku paham perasaan mak bapak yang sanggup harung jem, sanggup bayar hotel walaupun hotel charge peak rate semata-mata nak bawak anak-anak derang pegi jejalan. Pasal bila tengok anak-anak tu seronok, rasa berbaloi tu undescriable. Seriously bawak anak-anak lagi seronok dari pegi berjalan laki bini je sebenarnya walaupun kekadang bawak bebudak nih banyak lecehnya.

*edisi posing ala-ala mangga*

2 comments:

Bitt (doubeIS) said...

boleh tahan water park dia banyak rides jugak

Me And The Boyz said...

pegi la. bebudak tu mesti suka punya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...